Followers

Thursday, November 10, 2011

bila lelaki betol2 cinta kan seorang wanita


Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. 

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. 

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. 

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja 

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. 

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. 

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. 

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. 

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek... 

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

cerita ni dapat kat facebook someone...cer bace tol2 ek

ERTI PERNIKAHAN

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.



Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..



Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.



Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..



Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.



Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.





Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la

pentingnya cari isteri yang solehah!



“Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..



Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..



Lagi abang sayang ade la..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..



Ke memang nak abang jadi gemuk ni?



Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..





Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

sayang...mudahnya kau berkata-kata....

haha...entah kenapa aku tertarik dengan cerita miss td......bila lelaki tu benar-benar sayangkan kita dia xkan sentuh kita sehingga kita jadi yang sah bagi dia.....dunia sekarang ni....aduh....susah nak cakap..sini sana masalah sosial.....ya, dulu aku memang jahat....aku memang liar...tapi aku seorang yang setia..kecuali jika seorang tu dah buat jahat belakang aku......aku sangat bersyukur, aku masih mengingati tuhan dan cuba untuk berubah...atas bantuan sidia....dalam entry yang lepas aku asyik bercerita tentang aku dia dan sidia...tapi sekarang aku dah malas nak cerita lagi.....biarlah,,,,aku nak tengok berapa lama dia akan bertahan dengan aku...dengan izin tuhan, aku hanya mampu berdoa yang dia takkan berubah hati...haha ayat takank nak skema lagi kan... aku hanya mampu tersenyum....ok2...enough cite pasal mende2 gitu...skrg kita balek pada apa yang aku nak cite.......
nie sepupu yang aku paling sayang..nakal tuh....
masa dalam kelas aku belajar tantang child development...haha...memang sangat menarik dan sangat menakjubkan bila kita kenang balek perkembangan kita dari kecik sampai lah kebeso skrg nie...haha....yela,dulu mana lah ada kite nie maen komputer, internet, facebook.......tapi pergh.....memang agak jeles tengok budak2 zman skarg.....umor 5/6 tahun dah pakai handphone, facebook...malahan adakala lebih canggih dari kita yang dah beso nie...beso tak beso sangt lah kan... keletah kanak2 sekarang yang nakal nie kadang mencuit hati tau....cube tengok kat tepi tuh...
ni pulak anak yang mak sidia jaga....dia kata budak nie nakal sungguh.....baru setahun lebih....jangan tengok lebih2 k...hehe
kecik-kecik dah pandai tengok kamera, siap tunjuk peace lagi. yang tu pulak sibuk mata dia melilau tak tengok camera...mengikut apa yang sudah aku plajari tdi, aceh3, budak kecik yang sidia tu pegang masih belum sampai tahap lagi.......bijak betol budak2 skrg nie kan.......haha...haa tulah...subjek yang sangat menarik.... ok2...stakat nie jela...mata makin berat pulak....nanti bila ada idea baru aku akan sambung berbicara tentang cinta, kasih, kawan,harta and apa2 ajela k.

Wednesday, November 9, 2011

rindunya aku pada senyumannya

dh lame rasenye tak menaip...sampaikan keras tangan aku nie..ehehehehe...hari nie baru je hari kedua aku kat sini...tapi kesedihan aku nie tak terkata dek kerana terlalu rindu kan dia...aku tak pernah mengharap terlalu tinggi..tapi akhirnya aku mengharap juga....entah mengapa, peristiwa petang tu masih berputar2 dimata aku yang sepet nie...hhuhuhuhu...tangisan yang aku tahan selama dua jam akhirnya tumpah bila dihadapan mata aku sendiri dia berkata seperti itu.....haha...macam budak-budak....kata datang nak setelkan masalah...tapi aku tengok sejak dia bejumpa 8biji mata ngan aku, makin teruk pulak jadinya. nak tau nape aku cakap 8mata.....yelah mata aku dua,mata dia dua and mata pompuan tu aka adik tu dah empat...huhuhu...
pertemuan yang tidak membawa apa-apa penyelesaian bagi aku......aku cemburu, dia lebih memilih untuk duduk sebelah perempuan tu daripada aku...masa tu aku dah cakap dalam hati...aku dah kalah...dia lebih pilih perempuan tu daripada aku.....aku hanya mampu mendiamkan diri hinggalah satu thap yang aku tak dapat nak tahan tangisan aku....aku menangis teresak-esak masa tlipon kak mira...aduh malunya.....cuma dia paham situasi aku...sampai hari nia aku masih ungkit lagi peristiwa petang tu depan dia....aku tak taw la ni sayng ataupun cemburu semata-mata.....dan aku sendiri tak tahu sampai bila aku akan bertahan dengan dia sedangkan aku tahu dia sayangkan orang laen....

Sunday, October 16, 2011

dia yang ku cari2

ada satu ketika....aku tidak dapat menahan diri dari menyesali perbuatan ku itu...aku terkedu..............kenapa dan mengapa aku menangisi perkara yang telah aku jangka sejak awal2 lagi.....sudah ku katakan padanya...aku takut aku terus jatuh cinta padanya...mengapa dia tidak memahami...dan tika dan saat ini hal yang selama nie aku takuti akhirnya menghantui diriku.....entah mengapa aku sangat takut untuk kehilangan dirinya...begitu juga aku takut untuk menghadapi kenyataan yang dia mungkin takkan jadi milik aku....................tinggal kata-kata sahaja bagiku.....entah bila semua ini akan berakhir....adakh jika aku melepaskan dia smue ini akan kembali seperti asal...pertanyaan yang aku sendri xdapt nak jwb.....hanya tuhan yang tahu apa yang telah dirancang oleh nye....

Saturday, October 15, 2011

selama ini

selama ini,
kumencari2...teman yang sejati...
buat menemani perjuangan ini..
bersyukur kini..padamu ilahi.....teman yang dicari selama ini telahku temui...


but...adakah kata2 itu benar kini...aku sendiri tidak yakin dengan apa yang aku katakan sendri....dikala ini, tanganku mengigil ketika menaip bait-bait kata pada kekunci di papan board nie.....aku mula meragukan apa ayt yang diucapkan oleh sidia...hati ku mengatakan yang aku harus pergi dari tempat ini secepat mungkin.....aku tidak mahu mengganggu sidia lagi....namun..hati ku pedih melihat apa yang ditunjukkan dihadapan mata ku

Wednesday, October 12, 2011

adik..........

adik...ni akk nak bg taw...sebagai perempuan jaga lah ape yang adik ade....perempuan perlukan kesetiaan...mcam mne nak dptkan kesetiaan..kitew sendiri kene setia sbagai perempuan......akk sendiri dh rse mcm mne semuanie akan memakan diri kitew sendiri.....setialah pada dia yang setia pada kita....walaupun payung emas yang kita dapat kerana meredhai ape kemahuan dia....tapi akk sedar...perempuan masih mengharap kesetiaan.....
macammne redha pown seorang perempuan.....dia masih mengharapkan kesetiaan jugak.....kite sendiri belajar lah jujur dan setia...bukan tipu dan curang.......adik sendiri akan dapat balik apew yang adik buat pada dia satu hari nanti....dan bila itu dah berlaku...redha lah...terimalah yang adik dan dia sudah tidak mampu bersama.....lepaskanlah dia.....terima apa yang berlaku dengan penuh sabar....jangan menyalh kan dia...salahkan diri kita dulu wahai adikkkkkkkk

Sunday, August 21, 2011

siapa kawan siapa lawan...

first assalamualaikum and a very good morning,evening and afternoon to all my beloved reader...kalau ade la..stau aku,,,cume aku je yang bkk blog ni...dah lame x hupdate blog ni..rse cm dh gtl tgn nak update...kwn2....cik husna nak cerita apa yang terjadi sehingga cik husna lame tidak menghupdate blog ni...
cik husna bergaduh dengan kawn2 cik husna kat sini....taw x...orang yang cik husna sangat percaya tu tinggal kan cik husna kebingungan pada malam tu...menangis cik husna sbb die sanggup wat mcm tu pd cik husna.....cik husna xde sape lg slain die yang cik husna percaya..die sanggup wat mcm tu pd cik husna.....but cik husna xkisah la...tp cik husna skit hati bile ade org ckp cik husna maen tikam blakang pulak...weih..pkir la skit...wat pe aku sanggup susahkan diri aku mLam tu sbb nk tlg kau..xde pkir ke?....biar la die dgn hidup die lepas ni..cik husna hanya mendiamkan diri je.....but hati sangat pedih bile die sangup wat mcm tuh pd cik husna...

Sunday, July 31, 2011

memori malam itu

cik husna nak bercerita tentang suatu kisah benar antara adik beradik.....cik husna nak si dia tahu yang cik husna terlalu sayangkan diri nya dan taknak dia rosakkan hidup die tu....
cik husna terlalu sayang kan kengkwan cik husna...cik husna tak pernah kisah lau dia tu seorang penjenayah sekalipun...dia tetap kawan cik husna....malm tu lah yang membuatkan cik husna sangat terkesan walaupun itu bukan menimpa pada cik husna sendiri......
melihat keadaan sidia yang mabuk....cik husna sudah tidak smpai hati untuk meninggalkan nya sendirian...cik husna terlalu syangkan dia.....cik husna sanggup dipandang serong oleh orang-orang sekeliling asalkan dia sihat semula.....cik husna telefon orang yng dia carik...cik husna sanggup terluka kerana dia...cik husna sanggup menangis bersama dia...cik husna terlalu sayang kan kawan itu..tpi mengapa keluarganya sendiri yang menjadikan dia seorang seperti itu...selama ini...kesedihan cik husna,cik husna akan kongsi dengan si dia.....si dia yang mengajar cik husna supaya menerima apa adanya...namun jauh disudut hatinya cik husna tidak sedar keadaan sidia makin parah...makin terluka...makin sengsara akibat dari perbuatan keluarganya sendiri..... malam itu cik husna sendri melihat keadaan dia dan ahli keluarganya pula seperti tidak mempedulikan sidia langsung..... tumpah airmata cik husna melihat keadaan itu...cik husna tak sanggup dia meletakkan maruahnya sehingga begitu rendah walaupun dia tidak sedar ap yang die kata kan dan lakukan pada malam itu....
seketika cik husna sedar manusia tiada yang benar2 sempurna.....pasti ade cacat celanya di suatu tempat.....
ingat2 lah  yang kawan yang baek akan membantu kawannye dalam kesusahan..bukan meninggalkannye dalam tangisan....aku sedar semue mausia melakukan kesilapan...kerana di dunia ini tiada yang sempurna.. sempurna dluar tidak semestinya sempurna didalam.......

Monday, July 18, 2011

seronoknya.......

lme x entry blog ni...huhuhu....
betapa seronoknya aku dpat kuar ngan membe2....
best sesangat...tiga hari lepas cik nana and cik ira ajak gi karoeke.....
wah.....lepas jugAk tension aku masa tu dapat jerit puas2...
daripada aku bosan dok umh......memang seronok la...pas tu pulak pagi2 cik ira ajak gi sungai gabai....
mandi air terjun tu.....
aku mule2 xnk mandi coz xbwak ape2 peralatan..hihihi
tapi akhir nye aku jugak yang kebasahan....
dari kol 2 petang sampai dekat kol 7 baru kitorang semue balik..
lepasa mandi je cik nana terus kol ajak kuar lagi...aku on je la..sbb slama dok kat kl...ni la 1st time aku kuar malam...hihihi(budak baik jadi jahat)....
tapi aku x menyesal....memang lepas tension pale aku bile tengok diorang happy je malam tu...
malam seterusnye..kitorang lepak kat taman sampai kol 2pagi...masa tu aku mmg sedih....tapi tahan jela.....aku seronok....kitorang menyanyi2 kat taman tu...hihihihi....
walaupun suara xsedap...tpi asalkan kita gembira itu dah cukup untuk menghilang kan rasa sedih....
thanks kengkawan....saku seronok kuar ngan korang..ti ajak lagi ea...aku on je.............

Friday, July 8, 2011

teringat masa rpat..




kengkawan yang dulu dah xsama ngan keng kawan sekarang..kenapa ek...mungkin sbb kite manusia...mesti ade tersalah kata dan bahasa.
tapi kengkawan yang baik xkan meninggalkan kengkwan yang dalam kesusahan.......

Wednesday, June 29, 2011

mencari suatu kepastian....

aku tak sedar masa telah berlau begitu pantas hingga aku tersedar dari lamunan yang selama ini hanya aku yang pasti....
 ianya adalah kenyataan...ia juga adalah mimpi bagi seorang gadis seperti aku...

dulu aku hanya lah seorang pelajar yang sering mendapat tempat terakhir didalam kelas..
kini aku bergelar pelajar di sebuah kolej swasta..tak tahu aku bagaimana aku dimasa hadapan...
sejak aku menjejakkan kaki dikota kuala lumpur ini, bermacam-macam pancaroba yang aku telah lihat....kadang kala ianya mencuit hati, kadangkala ianya hanya menyakitkan hati...

sesekali aku memandang ke kiri dan kanan ku...apakah ini yang aku mahu kan sejak dulu..... aku hanya mengeluh....mengenang kan nasib dan keadaanku,sedangkan ada orang yang lebih teruk keadaan nya berbanding aku yang serba ada....
walaupun tidaklah semewah mana...aku masih mempunyai ibu dan ayah yang sering memberikan aku kata-kata semangat untuk meneruskan hidupku di kota ini...
namun...aku masih mencari suatu kepastian....mengapa tiada yang aku jumpa itu dapat meyakin kan aku dengan keputusan ku ini....aku hanya tersenyum bersendirian....tidak tahu mengapa....bagiku...ketika ini aku hanya perlu menghabiskan sisa pembelajaranku....aku yakin...suatu hari aku akan menemukan jawapan dari semua soalanku itu....

untuk mendapatkan kepastian itu tidaklah mudah......aku harus terus yakin akan pilihan ku ini...kerana sekali aku sudah melangkah...aku tidak dapat menoleh kembali masa-masa yang telah berlalu ini...........

Tuesday, June 28, 2011

tiap kali

Tiap kali aku keseorangan....
Tiap detik dan saat aku merindui mu...
Kesunyian tanpa mu seperti hilang segala keriangaan mu...
Gelak tawa mu membuat aku tersenyum selalu....
Rindu yang mendalam....
Sayang yang terpahat....
Kasih yang tercurah....
Cinta yang tersemai....
Menjadi satu khas buat mu dari keihlasan naluri hati dan jiwa raga ku....

Menghargai mu sepenuhnya.....
Membuat aku ingin selalu di sisi mu....
Kesibukan mu bukan penghalang segalanya....
Malah ianya menguatkan erti kasih sayang yang tercipta antara kau dan aku....

Kau menjadi inspirasi ku....
Untuk aku meneruskan perjalanan tanpa tersungkur....
Aku berdoa dan bersyukur....
Agar kau di beri kan keredaan dan segalanya...
Yang kau hajati akan tercapai buat mu...
Kecapi kebahagian dalam hidup dan keriyangan di dalam naluri hati budi mu itu....
Hanya kau yang bergelar PuTeRa HaTiKU........



walaupun bukan aku yang wat..tapi aku macam dpt merasakn ap yang dia rase

Sunday, June 26, 2011

antara kawan dan cinta

kawan....
dulu tika kau memerlukan kau cari aku..
dulu tika kau bersendirian aku menemani...
dulu tika kau bersedih aku yang memujukmu...
kita sering membantu antara satu sama lain...
 tapi bila kau menemukan cinta...
kau tinggalkan aku bersendirian...
kau pergi tanpa sebarang pesan...
kau hilang tanpa sepatah kata...

aku dibiar bersendirian..menangis tanpa ada yang memujuk..
aku di tinggalkan disuatu sudut.....
tanpa ada siapa yang sedar akan kebodohan diriku tika itu.....mempercayai orang yang tak mungkin dipercayai...

Saturday, June 25, 2011

tatkala lelaki kata kecantikan amat penting dalam perhubungan

ssh nye nak memhami  lelaki.... kdg2 rase cm teklan bile terlalu mengharap then die wat cm xtau....
kenapa bg seorang perempuan yang tak cantik..kami ni seprti tidak dipedulikan oleh lelaki2 itu....
sebagai seorang perempuan yang sangat lemah....aku tidak tahu mengapa hati aku boleh merasa hancu dengan hanya satu perkataan....mengapa dia tak berterus terang dari awlal kalau dia sendiri tidak mahu meneruskan perhubungan ini....
kadang-kadng hati menggeletek.....ketawa kerana mengenangkan apa yang telah berlaku dengan sekeping hati ini.....


hati,
kau tenangkan lah aku....
janganlah kau biarkan aku menanggung sepi...
satu hai nanti pasti ada yang akan menemani..
jangan lah kau menangis..
suatu saat mereka akan menyedari...
kecantikan luaran bukan lah suatu yang harus dipikirkan saat ini....

Thursday, June 23, 2011

kawan kita atau kawan dia...

kadang2 kita rasa kwn adalh penting..ya... kadang kala ia penting.....
tika kita memerlukan seseorang dan tiada keluarga disisi...hanya kawan yang membantu kita.....senyuman mereka sahaja sudah membuatkan kita merasa kita tidak perlu bersedih lagi....

tapi kerenah kawan2 sering membuat ktia terfikir..kawan hanyalah tika tika senang itu bukan kawan yang sejati....kawan tika kita senang itu hanya lah kerana mahu menumpang sahaja..
kawan ketika ini sudah tiada maknanya lagi...
pernahkah kita terfikir kawan hanya lah sewaktu kita ada apa yang mereka mahukan sahaja...
ketika kita dialam persekolahan,di alam kuliah....kita masih mempunyai kawan..tapi tidakkah kita sedar kawan akan meninggalkan kita apabila mereka sudah keluar bekerja...tidak ramai kawan yang masih kekal walaupun sudah keluar dari alam remaja itu.....apabila masing masing terlah menuju ke alam perkahwinan tiada lagi mereka untuk menjadi seorang sahabat rapat lagi...
kita mencari sahabat yang sejati....namun kita tidak menyedari bahawa sahabat tidak juga mengingati kita.......

Tuesday, June 14, 2011

cinta atau duka

andai kata ada cinta...tetapi menduka kan hati insan...
patutkah ada cinta....
andai kata ada sayang...namun menyesakkan dada...
 patutkah ada sayang
lebih baik tiada cinta jika ianya hanya menyakitkan hati....

Friday, June 10, 2011

mulanya aku yang baru ditempat baru

inilah kehidupan aku setelah datang kekuala lumpur....aku mengenal kawan baru...dan aku mencuba untuk mengikut cara mereka...namun aku sedar aku tidak mampu....ternyata kehidupan dikuala lumpur sangat susah...aku sendiri sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan,.



 katil aku kat hostel...hurm memang la x kemas... tp aku cuba untuk kemas.huhu...
aku terpaksa juga meneruskan kerana aku telah berjanji pada diriku untuk menuntut ilmu lebih jauh dan tinggi supaya mereka yang menghina aku dulu tidak dapat menghina ku lagi apabila aku telah berjaya kelak

aku di plkn





ya...aku di plkn...kem semberong...aku memang tidak mahu pergi ke kem plkn itu...aku tidak mahu berjauhan dengan orang yang paling ku sayang....namun aku terpaksa..... namun aku tetap gembira dengan rakan-rakan yang aku temukan disana...kami sangat gembira...ada cerita sedih, ada juga cerita yang membahagiakan.... entah kenapa..aku kurang bergaul dengan kawan-kawan melayu...walaupun aku tidak memahami apa yang kawan-kawan ku yang china dan india katakan, namun aku lebih selesa bergaul dengan meraka....kami sangat rapat...aku juga tetap sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan orang yang aku sayang ketika itu.....

Saturday, June 4, 2011

ya ke?

aku nak kongsi cerita masa cuti semester kali ni...banyak sungguh yang berlaku...sampai kadang2 rasa macam menyesal pulak lahir kat dunia ni...
pertama..aku tak sangka akan pergi ke pernikahan kawan rapat ku kat sekolah dulu...perghhhh...memang terkejut giler aku masa tu...tak sangka die akan kawin dulu...cemburu jugak bila tgk kengkawan kita kawin...
aku bila ya?
hahaha..itu hanyalah angan-angan...sedangkan teman lelakiku sahaja tidak menganggap hubungan kami serius...adA kah aku mempunyai teman lelaki.... itu hanya bermain difikiranku sahaja...
perkara ini mengingatkan tentang kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan...
ketika itu umurku baru sahaja mencapai 17 tahun...aku ingat..pada tarikh hari jadi ku itu...aku berkenalan dengan seorang lelaki....bagiku dia adalah lelaki yang sangat memahami keadaanku.. namun ketika itu jugalah aku mula merasa dia seperti tidak layak untuk ku..perkenalan kami hanya bertahan selama 3bulan...dia meninggalkan aku tanpa kabar berita....sejak itu aku hilang focus terhadap pelajaran sehingga aku lalai...tiada semangat....namun kehidupan harus diteruskan....aku tidak menyangka ini lah kehidupan...
aku terus meneruskan hidup aku... namun apa yang aku sangka tidak menjadi kenyataan...

aku mendapat panggilan dari kerajaan untuk menghadiri latihan khidmat negara.....